suria

Trafik Di PLUS Meningkat

KUALA LUMPUR: Keadaan trafik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan meningkat namun masih bergerak lancar kecuali di beberapa laluan arah utara.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Bhd ketika dihubungi melaporkan trafik sesak dari Ipoh ke Slim River dan dari Juru ke Bukit Tambun ekoran kenderaan mula memenuhi lebuh raya itu.

Beliau berkata di arah selatan, trafik juga dilaporkan bergerak perlahan dari Nilai menuju ke Seremban dan Port Dickson menuju ke Seremban sejak 3 petang Isnin.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan aliran trafik mula sesak dari Nilai menuju ke Port Dickson sebelum dan selepas keluar Plaza Tol Ayer Keroh.

Di arah utara pula, keadaan trafik mula bergerak perlahan di kedua-dua arah di Plaza Tol Simpang Pulai.

Beliau berkata secara keseluruhan trafik pada waktu petang masih terkawal.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya PLUS menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman twitter di www.twitter.com/plustrafik. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain