Kegiatan Pembalakan Serius Di Hulu Kelantan Didedah - Semasa | mStar

Kegiatan Pembalakan Serius Di Hulu Kelantan Didedah

KOTA BAHARU: Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak), sebuah badan bukan kerajaan, mendedahkan kerakusan kerajaan negeri memberi konsesi pembalakan tanpa kawalan kepada beberapa syarikat untuk tujuan pembangunan pertanian mega dan Ladang Rakyat.

Pendedahan itu dibuat menerusi rakaman video dari udara berdurasi lebih 10 minit yang jelas memaparkan penggodolan beberapa buah bukit, bermula dari Dabong, Kuala Krai ke Neggiri, Gua Musang, didakwa membabitkan ratusan hektar tanah termasuk hutan simpan.

Presiden Ombak Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang sehingga kini masih merahsiakan perkara sebenar mengenai aktiviti pembalakan yang berlaku di kawasan selatan Kelantan.

Beliau berkata tidak dapat dipastikan sama ada pembalakan itu menepati undang-undang, dibuat secara sindiket atau satu jenayah tanah terancang kerana modus operandinya bukan di tepi jalan raya atau kawasan penempatan penduduk yang boleh dilihat dari jauh.

"Kerajaan negeri sepatutnya tampil menjelaskan kepada rakyat sudah berapa banyak tanah di Kelantan diberi kepada pemaju ataupun syarikat, sama ada dari negeri ini ataupun luar Kelantan.

"Kita nak tahu status konsesi balak ataupun pertanian kelompok yang dijalankan oleh syarikat berkenaan," katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Rakan Online Bersama Tok Pa di sini malam Isnin.

Majlis yang dirasmikan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed itu turut dihadiri kira-kira 350 pengamal media sosial (blogger).

Rakaman video itu yang diambil pada 8 Feb lalu turut diselaraskan dengan aplikasi Google Maps, juga ditandai dengan koordinat sebenar video ketika rakaman berlangsung.

Beliau berkata jika dibandingkan dengan aplikasi Google Maps yang diperbaharui pada 2006 itu, jelas menunjukkan penggodolan bukit-bukau berlaku secara besar-besaran di kawasan tersebut.

"Saya mohon kerajaan negeri berikan angka sebenar (hutan yang telah ditebang) ataupun adakah lagi saki-baki tanah di Kelantan ini," katanya.

Wan Khairul Ihsan, yang juga bekas Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan, berkata Ombak sedia memberi bukti itu kepada kerajaan negeri jika mereka tidak mengetahui aktiviti pembalakan yang terjadi di kawasan berkenaan.

Ombak, katanya, turut mempunyai maklumat mengenai jumlah sebenar kawasan yang terlibat, namun masih menunggu ketelusan kerajaan negeri untuk mendedahkan sendiri angka itu kepada pengetahuan umum. -- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain