suria

Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama Negara

KUALA LUMPUR: Pergerakan trafik di beberapa kawasan di lebuh raya di negara ini dilaporkan bergerak perlahan disebabkan kemalangan.

Jurucakap PLUS Expressways Bhd ketika dihubungi melaporkan bahawa trafik bergerak perlahan dari Bangi menuju ke Kajang ekoran berlaku kemalangan di KM 300 membabitkan empat buah kenderaan dan menyebabkan satu lorong terpaksa ditutup.

Aliran trafik dari arah selatan turut dilaporkan perlahan dari Nilai menuju ke Seremban di KM 275.4 ekoran kemalangan kecil.

Di bahagian utara, trafik dilaporkan mengalami pertambahan kenderaan dan menyebabkan trafik bergerak perlahan dari Sungkai menuju ke Bidor.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pula melaporkan berlaku pertambahan kenderaan di plaza tol Gombak menuju ke Karak ekoran warga kota yang ramai meninggalkan ibu negara.

Jurucakap itu juga melaporkan trafik di beberapa lebuh raya lain turut bergerak perlahan terutama di selatan dari Yong Peng menuju ke Ayer Hitam ekoran terdapat kenderaan rosak.

Beliau berkata secara keseluruhan trafik pada waktu petang masih terkawal. BERNAMA

Artikel Lain