Radzi Sedia Dicalonkan Semula - Semasa | mStar

Radzi Sedia Dicalonkan Semula

KANGAR: Anggota parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad bersedia menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 ini jika dikehendaki pucuk pimpinan parti.

Katanya, beliau menerima apa sahaja keputusan pucuk pimpinan sama ada untuk memberi mandat sebagai calon atau sebaliknya kerana apa yang lebih penting B Nperlu menang pada pilihan raya umum.

"Jika diberi kepercayaan untuk bertanding sama ada kerusi parlimen atau dewan undangan negeri, saya bersedia...dan jika tidak dicalonkan, saya tetap melaksanakan amanah sebagai pengarah pilihan raya BN parlimen Kangar," katanya.

Bercakap kepada Bernama di sini pada Sabtu, Mohd Radzi berkata, tanggungjawabnya adalah memastikan setiap calon BN terutama di kawasan parlimen Kangar akan menang pada pilihan raya umum. Mohd Radzi, 71, anak kepada Menteri Besar Perlis yang pertama selepas merdeka, allahyarham Tan Sri Sheikh Ahmad Mohd Hashim, berkata faktor umur bukan penghalang untuk seseorang itu menjadi calon kerana yang penting ialah sihat tubuh badan dan mampu berkhidmat kepada rakyat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Psy Tiba Di Pulau Pinang Awal Pagi Isnin

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain