Pembangkang Harus Terima Akur Keputusan PRU13 - Nazri - Semasa | mStar

Pembangkang Harus Terima Akur Keputusan PRU13 - Nazri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencuba keenakan air kelapa muda ketika hadir pada program penyampaian Bantuan Azam Tani (fasa1) di Seratak Anjung Resort, Kuala Terong di Taiping, pada Sabtu.Turut hadir Adun Terong Datuk Rosli Husin (kanan) dan Pengarah Mardi Perak Dr Zabri Abd Wahid (kiri).-Foto BERNAMA
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencuba keenakan air kelapa muda ketika hadir pada program penyampaian Bantuan Azam Tani (fasa1) di Seratak Anjung Resort, Kuala Terong di Taiping, pada Sabtu.Turut hadir Adun Terong Datuk Rosli Husin (kanan) dan Pengarah Mardi Perak Dr Zabri Abd Wahid (kiri).-Foto BERNAMA

TAIPING: Pembangkang perlu terima peringatan awal Perdana Menteri supaya mereka tidak menimbulkan huru-hara sekiranya kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Nazri berkata pembangkang harus mencontohi kerajaan Barisan Nasional (BN)yang sedia menerima kekalahannya di lima negeri pada pilihan raya umum lepas. "Walaupun kita kalah di beberapa buah negeri kita tak ada masalah langsung untuk serah kerajaan itu kepada pembangkang," katanya selepas menyampaikan bantuan Azam Tani Fasa 1 kepada 20 penerima di sini, Sabtu.

Nazri mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang berharap pembangkang menerima keputusan PRU-13 dan tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya itu.

Katanya, peringatan awal adalah untuk mengelakkan perkara itu berlaku selepas keputusan PRU-13 diumumkan.

"Perdana Menteri menyebut perkara ini kerana kecenderungan mereka(pembangkang) melakukan aktiviti-aktiviti demonstrasi yang negatif dan menghasut rakyat. "Kecenderungan pembangkang seolah-olah mereka sahaja yang betul dan hari ini usaha untuk memburukkan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dilakukan begitu hebat sekali, saya rasa ada kecenderungan itu di pihak mereka sekiranya mereka tidak menang dalam pilihan raya nanti," katanya.

Beliau berkata Perdana Menteri mahukan rakyat lebih berhati-hati dan tidak menyokong usaha pembangkang untuk memporak perandakan rakyat selepas pilihan raya nanti.

Demonstrasi pembangkang menghasut rakyat supaya membenci BN kerana (dituduh) zalim adalah tidak betul kerana kerajaan BN adalah kerajaan yang baik, katanya.

"Kita (kerajaan BN) sudah buat segala apa yang kita janji...pembangkang hanya janji macam-macam tapi tidak tunaikan," katanya. "Dalam keadaan (negara) stabil, aman damai, dia (pembangkang) mungkin nak kalah itu ada, sebab itu mereka sedang berusaha cari jalan bagaimana nak mendatangkan perasaan marah rakyat terhadap BN," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain