suria

Mayat Claudia Dijangka Tiba Malam Ini

Claudia Theophilus
 Claudia Theophilus
Claudia Theophilus

SEPANG: Mayat wartawan Malaysia, Claudia Theophilus, yang terbunuh di kawasan pergunungan Baakleen, Lubnan dijangka tiba di tanah air pada pukul 9.15 malam ini.

Pengerusi Biro Aduan dan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata mereka berharap dapat membawa pulang mayat mendiang lebih awal namun mereka terpaksa menunggu penerbangan yang seterusnya kerana ketiadaan ruangan kargo yang mencukupi ketika transit di Dubai. Sebaik sahaja tiba, mayat Claudia akan di bawa ke rumah keluarganya di Taman Desa Kepayang, Seremban bsgi membolehkan saudara mara serta sahabat mendiang memberi penghormatan terakhir pada tengah hari esok.

Adik Claudia, Dora, bersama Khairun telah berlepas ke Lubnan bagi menuntut mayat mendiang berkata majlis pengkebumian akan diadakan di Gereja Visitation di Seremban pada pukul 10 pagi Isnin.

Claudia, 42, merupakan penerbit di syarikat penyiaran Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar.

Dia dilaporkan meninggal dunia Sabtu minggu lalu, pada pukul 2.30 pagi waktu Lubnan selepas terkena tembakan ketika bermain dengan senjata bersama dua orang rakannya di kawasan pergunungan Baakleen.

Claudia juga pernah bekerja sebagai wartawan di akhbar The Sun dan portal berita, Malaysiakini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain