Kereta Api Tergelincir Berhampiran Bukit Mertajam, Tiada Penumpang Cedera - Semasa | mStar

Kereta Api Tergelincir Berhampiran Bukit Mertajam, Tiada Penumpang Cedera

 Kereta api milik KTM yang dalam perjalanan menghala ke selatan tergelincir daripada landasan di Bukit Mertajam pada pukul 2.45 petang, Sabtu. Kejadian tersebut menyebabkan enjinnya terbakar. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.
Kereta api milik KTM yang dalam perjalanan menghala ke selatan tergelincir daripada landasan di Bukit Mertajam pada pukul 2.45 petang, Sabtu. Kejadian tersebut menyebabkan enjinnya terbakar. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

BUTTERWORTH: Kereta api milik KTM yang menghala ke selatan dengan muatan, 150 penumpang tergelincir daripada landasan di Bukit Mertajam pada 2.45 petang Sabtu.

Kejadian tersebut menyebabkan enjinnya terbakar. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

Keretapi Sinaran Utara yang dalam perjalanan dari Butterworth ke Kuala Lumpur tergelincir daripada landasannya di KM13.5 antara Bukit Mertajam dan Simpang Ampat.

Jurucakap KTM Berhad berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kemalangan berkenaan.

"Semua penumpang dipindahkan ke stesen berhampiran menggunakan bas bagi membolehkan mereka menaiki keretapi seterusnya ke Kuala Lumpur," katanya.

Beliau menambah insiden tersebut bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang gangguan terhadap perjalanan kereta api.

Artikel Sebelum

Juruteknik Dilapor Hilang Dipercayai Dibunuh

Artikel Berikut

Lebih 80 Elaun Penjawat Awam Dikaji Semula

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain