Dua Remaja Ditahan Memandu Tanpa Lesen - Semasa | mStar

Dua Remaja Ditahan Memandu Tanpa Lesen

KUALA TERENGGANU: Dua remaja perempuan ditahan di Jalan Sultan Muhammad di sini malam Jumaat kerana didapati memandu tanpa lesen.

Mereka yang berumur 16 dan 19 tahun adalah antara 103 pesalah trafik yang ditahan pihak penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi sempena Tahun Baru Cina di sini.

Pengarah JPJ Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie berkata kedua-dua remaja berkenaan dari Kuala Berang, Hulu Terengganu mendakwa mereka datang ke Kuala Terengganu untuk melihat saudara mereka yang sakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Kita menahan kedua remaja ini kerana gagal menunjukkan lesen memandu. Biarpun tiada lesen, namun mereka tetap berani memandu dalam jarak yang agak jauh. "Saya agak kesal dengan insiden seperti ini kerana masih ramai pengguna jalan raya yang kurang sedar tentang bahaya dan risiko bakal dihadapi jika memandu tanpa lesen," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi tersebut.

Abdul Rahman berkata dalam operasi itu, sebanyak 103 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 27 pemilik kenderaan diberi notis arah periksa kenderaan mereka.

Enam buah motosikal dan sebuah kereta turut disita dan enam notis larangan penggunaan kenderaan dikeluarkan oleh JPJ sementara 55 saman dikeluarkan oleh pihak polis, katanya.

Operasi itu melibatkan daerah Kemaman, Kuala Terengganu dan Besut dengan seramai 87 pegawai JPJ, polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

PM Ziarah Bekas Pengawal Peribadi

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain