Anggota Polis Maut Motosikal Terbabas Langgar Tiang Stesen Monorel - Semasa | mStar

Anggota Polis Maut Motosikal Terbabas Langgar Tiang Stesen Monorel

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis maut setelah motosikal yang ditungganginya terbabas lalu terlanggar tiang stesen monorel berdekatan Hotel Istana, di Jalan Raja Chulan, di sini awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian pada kira-kira 3 pagi itu, Konstabel Earl Julian Sabran, 22, dari Sabah yang bertugas di Cawangan Operasi Narkotik Bukit Aman di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, mati di tempat kejadian akibat kecederan parah di kepala.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning berkata ketika kejadian Earl berada di luar tugasan dan menunggang berseorangan motosikal jenis Kawasaki milik rakannya.

"Motosikal yang ditungganginya itu dipercayai terbabas lalu merempuh pembahagi jalan hingga mengakibatkannya terlanggar tiang stesen monorel," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

MMA cabar ego Zul Ariffin

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun