suria

Psy Akan Lebih Popularkan P. Pinang - Ng Yen Yen

PUTRAJAYA: Membawa bintang ternama Korea Selatan, Psy membuat persembahan di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia di Pulau Pinang akan membuatkan pulau Mutiara itu lebih popular diperingkat antarabangsa, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata Pulau Pinang akan mendapat manfaat daripada bintang Youtube yang mencipta populariti dengan mencatatkan 1 bilion hits dan kini Psy memiliki 4.7 juta peminat di seluruh dunia.

Ng turut menafikan dakwaan Kerajaan Pusat membiayai bil bagi membawa Psy membuat persembahan di Pulau Pinang, sambil menambah tidak ada motif disebalik tindakan tersebut melainkan untuk memeriahkan acara berkenaan.

"Rakyat Malaysia suka membuat spekulasi...Ia tidak menggunakan wang kerajaan atau duit Barisan Nasional dan kami tidak melihat ia sebagai tindakan untuk meraih undi.

"Kami semua suka bergembira, jadi kami membawa Psy ke sini untuk membuatkan orang ramai gembira," katanya pada sidang media selepas melancarkan Karnival Dram Jalanan peringkat kebangsaan di kementeriannya pada Jumaat.

Artikel Lain