PAS Terpaksa Korbankan Nasharudin Demi Cita-Cita Politik - Ismail Sabri

MARANG: PAS terpaksa 'mengorbankan' bekas timbalan presidennya, Nasharudin Mat Isa demi cita-cita politik, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tindakan itu, katanya, membuktikan PAS akur dengan desakan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memang tidak menyenangi Nasharudin sejak tercetusnya idea muzakarah dan mewujudkan kerajaan perpaduan bersama Umno yang dipelopori Anggota Parlimen Bachok itu.

Beliau berkata Nasharuddin adalah seorang yang liberal dan benar-benar serius mengenai kepentingan Islam serta orang Melayu dan tidak bertindak atas kepentingan politik semata-mata.

"Beliau komited mahu melihat penyatuan ummah dan Islam dan pemergiannya ke Gaza juga untuk memberi sokongan kepada rakan-rakannya di Palestin yang telah diperjuangkan lama sebelum ini, namun PAS memecatnya daripada Majlis Syura kerana lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding perpaduan umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai desakan Nasharuddin yang mahu PAS menilai semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Anggota Parlimen Bera berkata PAS akan terus akur dengan apa sahaja desakan PKR dan DAP walaupun terpaksa menjual prinsip agama yang diperjuangkan selama ini.

"Dulu asalnya nak perjuangkan negara Islam dan dijadikan manifesto pilihan raya, kini ditukar kepada negara berkebajikan kerana Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh tidak mahu negara Islam.

"PAS tiada suara dalam pakatan pembangkang yang lebih didominasi PKR dan DAP, sebab itu semakin ramai penyokong PAS peringkat akar umbi mahu parti itu keluar dan bergerak bersendirian yang senada dengan desakan Nasharuddin," katanya. -BERNAMA

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain