NFC: Permohonan Salleh Gugur Tuduhan Pecah Amanah Didengar 11 Mac

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat menetapkan 11 Mac untuk mendengar permohonan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail bagi menggugurkan dua pertuduhan pecah amanah berjumlah RM49.7 juta.

Hakim S.M Komathy Suppiah menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Azimul Azami Mohamad Nor dan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Mohamad Salleh.

Ketika ditemui pemberita, Azimul Azami memberitahu Mohamad Salleh memfailkan permohonan tersebut atas alasan pertuduhan itu cacat dan tiada elemen kesalahan pecah amanah.

Katanya Mohamad Salleh juga memohon untuk mendapatkan pasport bagi membolehkannya mengerjakan umrah pada 10 Mac depan bagaimanapun mahkamah memerintahkannya memfailkan permohonan baharu bagi tujuan itu.

Pada 12 Mac tahun lepas, Mohamad Salleh, 64, selaku pengarah syarikat NFCorp, didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium 'One Menerung' di Parcel BI-1 dan B1-2, Blok B di atas geran nombor 65152, lot no.56454 di Mukim Kuala Lumpur.

Kesalahan itu dilakukan antara 1 dan 4 Disember 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.

Bagi pertuduhan kedua, di alamat dan bank sama, antara 6 Mei dan 16 November 2009, beliau didakwa melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd bagi kegunaan syarikat tersebut di mana beliau dan seorang daripada anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan.

Kedua-dua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 409, Kanun Keseksaan dan jika disabitkan boleh dipenjara sekurang-kurangnya dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat serta boleh didenda.

Mohamad Salleh juga didakwa tanpa kebenaran mesyuarat agung telah menggunakan harta syarikat untuk membiayai sebahagian daripada pembelian dua unit kondominium tersebut, mengikut Seksyen 132(2)(a) Akta Syarikat 1965 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda RM30,000. -BERNAMA

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain