BN Tidak Pernah Ugut Pengundi - Noh Omar - Semasa | mStar

BN Tidak Pernah Ugut Pengundi - Noh Omar

TANJONG KARANG: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar yakin kumpulan petani dan nelayan di dearah ini tidak akan mudah terpedaya dengan helah pakatan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata tindakan pemimpin pakatan pembangkang yang menuduh kononnya BN mengugut kumpulan itu dengan menghalang mereka memberi undi kepada pembangkang adalah tidak benar.

Katanya pakatan pembangkang sebenarnya buta dan isu itu ditimbulkan sebagai modal ceramah untuk mengelirukan pengundi terutamanya golongan pesawah dan petani di sini.

"Tuduhan itu sepatutnya tidak timbul kerana pakatan pembangkang sendiri yang tidak boleh terima kenyataan sekiranya BN berjaya menawan Selangor semula.

"Sebelum ini terbukti di Perak apabila pemimpin mereka sendiri yang menimbulkan huru-hara selepas BN berjaya mentadbir semula negeri itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tiram Jaya, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Naib Presiden PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar kononnya BN menggunakan taktik menakut-nakutkan pengundi dalam siri ceramahnya di Sawah Sempadan, di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata beliau percaya dengan kesetiaan pengundi kerana mereka tahu siapa yang banyak membantu mereka.

"Kerajaan Persekutuan telah banyak membantu termasuk memberi peruntukan berbentuk subsidi, insentif dan input pertanian berjumlah RM2.5 bilion dalam bajet tahun ini.

"Petani dan nelayan boleh menilai kesungguhan kerajaan persekutuan yang banyak membantu meningkatkan hasil pendapatan mereka dan kita percaya undian mereka kepada BN tidak berubah," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain