suria

Polis Tahan Tiga Rakyat Tempatan Disyaki Terlibat Aktiviti Keganasan

KUALA LUMPUR: Polis pada Khamis menahan dua lelaki dan seorang wanita tempatan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam satu kenyataan kepada Bernama berkata mereka kini ditahan di bawah Kanun Keseksaan untuk membantu siasatan polis.

Ketiga-tiga mereka ditahan di Kajang, katanya.

"Ketiga-tiga mereka disyaki menjadi dalang utama dalam merekrut beberapa rakyat Malaysia bagi tujuan aktiviti keganasan," katanya dalam kenyataan ringkas itu.

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut didedahkan polis mengenai tangkapan itu dan sama ada wujud apa-apa kaitan ketiga-tiga mereka dengan mana-mana kumpulan militan antarabangsa.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan," kata Ismail. BERNAMA

Artikel Lain