suria

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Azli Paat

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada anggota keluarga pakar bidang teknologi maklumat (ICT) Azli Paat, yang meninggal dunia akibat demam panas di sini, Rabu.

"Dapat berita pemergian arwah Azli Paat, antara usahawan teknologi ulung Malaysia. Takziah buat keluarga arwah, moga roh ditempat antara yang beriman," katanya dalam tweet terbaharu beliau pada Khamis.

Azli, yang menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Bukit Segambut pada kira-kira 7 malam, meninggalkan seorang balu serta 10 anak iaitu enam lelaki dan empat perempuan.

Beliau merupakan pengasas DAPAT SMS dan mySMS 15888 yang mengubah cara orang awam dan organisasi berkomunikasi antara satu sama lain serta pemenang Anugerah Perdana Menteri 'Best of the Best' APICTA 2012.

Azli juga pencetus idea mewujudkan RakanCop di mana orang awam dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah. BERNAMA

Artikel Lain