suria

Pesawat Ringan Terhempas: Juruterbang Pelatih Terselamat

Pesawat ringan, Piper 28 terhempas dihadapan blok pangsapuri Cheng Heights, Pulau Gadong, Melaka. (Gambar ehsan Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat)
 Pesawat ringan, Piper 28 terhempas dihadapan blok pangsapuri Cheng Heights, Pulau Gadong, Melaka. (Gambar ehsan Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat)
Pesawat ringan, Piper 28 terhempas dihadapan blok pangsapuri Cheng Heights, Pulau Gadong, Melaka. (Gambar ehsan Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat)

MELAKA: Sebuah pesawat ringan yang dipandu oleh juruterbang pelatih berusia 20 tahun terhempas di hadapan blok pangsapuri Cheng Heights, berhampiran persimpangan trafik Pulau Gadong dekat sini.

P.Derenessroo, yang memandu berseorangan berjaya menyelamatkan diri dalam insiden yang berlaku pada pukul 11.56 pagi Khamis.

Terdahulu Derenessroo yang memandu pesawat ringan, Piper 28, telah menghubungi pusat kawalan traik di Lapangan Terbang Batu Berendam bagi memaklumkan masalah enjin yang berlaku pada pesawatnya.

Sebaik sahaja beliau selesai membuat laporan berkenaan, pesawat itu terhempas.

Seorang saksi kejadian, Koperal Zameri Nawi, 50, dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah berkata beliau melihat pesawat berkenaan dalam keadaan terhuyung-hayang dalam kejadian 12 tengah hari itu. "Pesawat itu kemudian merempuh beberapa batang pokok berhampiran kondominium tersebut menyebabkan dahan-dahan pokok terpelanting ke jalan raya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau yang sedang melakukan tinjauan lalu lintas sempena Tahun Baru Cina kemudian menghubungi IPD Melaka Tengah bagi memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Trafik dan Ketenteraman Awam Melaka Supt Ahmad Adnan Basri berkata Devenessrao berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam pada 11.15 pagi untuk melakukan latihan penerbangan.

Beliau berkata pesawat berkenaan kemudian terhempas kira-kira 30 meter daripada kondominium tersebut sebelum juruterbang terbabit keluar menyelamatkan diri.

"Pihak polis akan mengawal keadaan di sekitar kawasan kemalangan ini sementara menunggu pasukan penyiasat Jabatan Penerbangan Awam yang difahamkan akan tiba esok bagi menyiasat punca kejadian," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Timbalan Penguasa Bomba Yazid Mohd Tahir berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12.01 tengah hari sebelum tiba di lokasi kejadian bersama empat jentera dan 26 anggota dari balai itu pada 12.10 tengahari.

Beliau berkata pihaknya kemudian melakukan kerja semburan buih selepas mendapati berlaku kebocoran minyak bagi mengelak percikan api dan kebakaran.

Katanya bomba juga memasang tali pada bahagian ekor pesawat berkenaan bagi mengelak ia terjatuh ke jalan raya berhampiran.

Artikel Lain