suria

Pengutip Hutang Mati Ditembak

SUBANG JAYA: Seorang pengutip hutang mati ditembak di dalam kereta yang dipandu oleh isterinya dekat Taman Puchong Utama dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Yahaya Ramli berkata dua lelaki menggunakan sebuah motosikal berhenti di tepi kereta tersebut di persimpangan lampu isyarat dekat sebuah pasar raya di Jalan PU7 kira-kira pukul 2 petang.

Beliau berkata, mereka mendekati kereta tersebut dari arah kiri, tempat di mana Lee Sam Ong duduk dan melepaskan beberapa das tembakan sebelum melarikan diri.

"Beberapa das tembakan terkena cermin bahagian hadapan kereta jenis Honda Accord itu," kata Yahya.

Terdahulu, Lee, 41, isteri dan adik bongsunya baru sahaja selesai makan tengah hari di USJ4 dan menuju ke rumah abang sulungnya ketika kejadian.

Selepas insiden itu, isteri Lee membawanya ke Hospital Columbia di Bandar Puteri Puchong.

Dia disahkan meninggal dunia sebaik saja tiba di hospital terbabit.

Artikel Lain