PAS Tidak Perlu Bergantung Kepada Parti Pembangkang Yang Lain - Zahid - Semasa | mStar

PAS Tidak Perlu Bergantung Kepada Parti Pembangkang Yang Lain - Zahid

BAGAN DATOH: PAS mempunyai kekuatan sendiri dan tidak perlu bergantung kepada parti lain dalam pakatan pembangkang bagi mengukuhkan kedudukan parti itu dalam politik, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Oleh itu, katanya bukan sesuatu yang mustahil jika suatu masa nanti PAS akan meninggalkan pakatan pembangkang.

"Sejarah telah memperlihatkan bahawa mereka (PAS) menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 1972 dan atas ketidakpersetujuan mereka telah pun meninggalkan BN.

"Jadi tidak mustahil pada kali ini mereka juga meninggalkan pakatan pembangkang kerana bagi saya kekuatan PAS adalah kekuatan tersendiri dan saya tidak fikir mereka memerlukan kekuatan daripada DAP," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup kepada 1,405 nelayan di kawasan Parlimen Bagan Datoh di sini, Khamis.

Beliau diminta mengulas desakan bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa supaya PAS keluar daripada pakatan pembangkang berikutan campur tangan DAP terhadap dasar parti itu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata desakan itu dibuat selepas Nasharuddin mendapati PAS telah terkeluar daripada landasan perjuangan asal parti itu iaitu menegakkan daulah Islamiah.

"Jelas daripada apa yang berlaku mutakhir ini ialah bahawa kepimpinan PAS tidak sanggup untuk menyanggah apa yang diputuskan DAP," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pembinaan UTC Kuantan Bermula 13 Februari Ini

Artikel Berkaitan

default image

Nasharudin Terima Surat Pecat

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain