suria

Kerajaan Lanjutkan Tempoh Akhir Permohonan BR1M Hingga 15 Mac

PUTRAJAYA: Tarikh akhir penghantaran borang permohonan skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah dilanjutkan hingga 15 Mac ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata borang yang telah lengkap diisi boleh dihantar kepada semua cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan agensi yang terlibat dalam menguruskan bantuan berkenaan.

Borang BR1M telah mula diedarkan sejak bulan lalu bagi membantu keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.

Beliau berkata setakat ini seramai 7 juta orang telah memohon bagi mendapatkan bantuan tunai RM500 tersebut.

Ahmad Husni berkata pemohon yang layak akan diberikan baucar dan mereka hanya boleh mendapatkan wang tunai berkenaan di semua cawangan Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank.

Artikel Lain