suria

BN P. Pinang Nafi Jual Tiket Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia

Barisan Nasional Pulau Pinang gesa orang ramai tidak mempercayai khabar angin bahawa mereka menjual tiket Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia.

GEORGE TOWN: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menggesa orang ramai tidak mempercayai khabar angin bahawa mereka menjual tiket rumah terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia.

Pengerusi majlis berkenaan, Oh Tong Keong berkata beliau menerima panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada orang ramai bertanya mengenai tiket acara berkenaan yang didakwa dijual.

"Orang ramai mencari tiket berkenaan apabila mereka dapat tahu tiket itu dijual pada harga RM50, RM75 dan RM250.

"Ini tidak benar, tempat duduk yang disediakan adalah percuma dan ia atas dasar siapa cepat dia dapat.

"Kami menyediakan 10,000 tempat duduk secara keseluruhannya," katanya pada sidang media di bilik gerakan BN di Datuk Keramat pada Khamis.

Artikel Lain