suria

Mahkamah Persekutuan Benarkan Rayuan Syabas Pinda Pernyataan Tuntutan

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini membenarkan rayuan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd untuk meminda penyataan tuntutannya dalam saman sivil terhadap kerajaan negeri Selangor berhubung pelarasan tarif air.

Panel lima hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara memansuhkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan syarikat air itu untuk meminda pernyataan tuntutannya bagi memasukkan dua kadar alternatif bagi pengiraan kuantum pampasan.

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff, Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Zainun Ali membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan menghidupkan semula keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah Tinggi pada 29 Mei tahun lepas, membenarkan permohonan Syabas untuk meminda pernyataan tuntutannya untuk memasukkan kadar alternatif.

Hakim Md Raus berkata Mahkamah Persekutuan sependapat dengan Mahkamah Tinggi bahawa pindaan terhadap pernyataan tuntutan tidak akan mengubah ciri saman sivil itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain