suria

Bekas CEO KSSB Boleh Cabar Keputusan Pecat

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), Wan Ab. Halim Wan Ismail yang dipecat baru-baru ini boleh menuntut keadilan jika beliau merasakan pemecatannya itu meruapakan satu tindakan yang tidak adil.

Beliau turut menyifatkan pemecatan Ab. Halim sebagai proses yang biasa dan lembaga pengarah KSSB mempunyai sebab munasabah mengenainya.

“Ia merupakan proses yang normal. Kita anggap ini satu perkara yang biasa dalam sebuah organisasi seperti KSSB.

“Bekas CEO (Ab. Halim) boleh menuntut keadilan jika beliau merasakan tidak diberikan peluang untuk membela diri kepada jawatankuasa pengurusan KSSB,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Rabu.

Awal Februari lalu, Ab. Halim, 65, yang dilantik sebagai CEO KSSB yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri Selangor pada Julai 2010, dipecat oleh lembaga pengarahnya atas alasan salah guna kuasa dan melanggar prosedur operasi.

Pemecatannya di lihat mengejutkan banyak pihak dalam KSSB sendiri memandangkan kontraknya disambung dua tahun lagi oleh Abdul Khalid Julai tahun lalu.

Isu pemecatannya juga menjadi perhatian apabila beberapa blog yang mengaitkan dengan percaturan politik komponen Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain