Tidak Mustahil Tawan Semula P.Pinang - Muhyiddin - Semasa | mStar

Tidak Mustahil Tawan Semula P.Pinang - Muhyiddin

GEORGE TOWN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah tidak mustahil bagi Barisan Nasional (BN) untuk menawan semula Pulau Pinang walaupun ianya bukan perkara mudah.

Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan perubahan sikap pengundi yang kini dilihat mula menolak kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng ekoran isu yang dibangkitkan olehnya sendiri.

"Ia bukannya mustahil, tetapi ia bukan mudah kerana kita menerima hakikat kita bekerja kuat tetapi pihak pembangkang pun buat macam-macam yang membawa kesan," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan jentera BN Pulau Pinang, di sini, Selasa.

Muhyiddin berkata rakyat Pulau Pinang sememangnya tidak lagi gemar dengan kepimpinan Guan Eng yang disifatkan seperti memonopoli semua perkara termasuk penggunaan nama negeri Pulau Pinang.

"Hendak menggunakan nama negeri pun kini terpaksa dirujuk kepada beliau dan inilah tafsiran rakyat walau apa sekali pun alasan yang diberikan (oleh Guan Eng)," katanya.

Bagi BN, kerajaan pusat mementingkan bantuan kepada rakyat dan disebabkan itu rakyat mula membuka mata kerana ia telah memberi impak besar kepada kumpulan sasar, katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata inisiatif kerajaan pusat seperti program transformasi, bantuan kepada kumpulan sasar dan sentuhan nadi merupakan sesuatu yang agak digeruni pihak pembangkang.

Beliau berkata terdapat satu perubahan yang jelas di kalangan rakyat Pulau Pinang berbanding dahulu kerana beberapa golongan masyarakat tidak berpuas hari tentang apa yang berlaku di negeri ini dan ini ada impak daripada segi tahap sokongan yang BN dapat.

"Namun kita perlu beri penjelasan, penerangan tentang isu berbangkit supaya tiada pihak yang eksplotasi pemikiran rakyat sehingga mereka terkeliru.

"Kekalahan kita dahulu bukan kerana pihak pembangkang kuat, tetapi ada isu dalaman di kawasan itu yang kini dapat diselesaikan. Ada peningkatan sokongan dan kecenderungan untuk kembali menyokong BN agak jelas sekarang berbanding dahulu," katanya.

Sementara itu, semasa berucap pada majlis perjumpaan dan jamuan tengah hari bersama jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) negeri, Muhyiddin mengingatkan jentera PDM supaya jangan berbalah, tetapi perlu sentiasa bekerjasama bagi memperkukuhkan BN negeri.

"Kalau kita sama kita berbalah, musuh mudah serang dan mudah kalah, elakkan daripada timbulkan masalah. Kalau rasa ada tidak seronok atau selesa, simpan dulu dan selesaikan selepas pilihan raya," katanya kepada kira-kira 1,500 anggota dari 345 PDM di seluruh negeri yang hadir pada majlis itu.

Katanya jentera PDM adalah hulubalang "untuk berperang" pada pilihan raya umum nanti dan dengan itu perlu fokus bagi memastikan BN kekal sebagai sebuah kerajaan.

"Kita telah hantar jentera PDM untuk berkursus...Inilah masanya untuk terjemahkan kepada rakyat terutama pengundi di kawasan mereka...pengundi adalah 'raja' yang akan menentukan kemenangan atau kekalahan BN.

"Tapi saya percaya tahap kesiapsiagaan PDM di Pulau Pinang berada pada momentum terbaik dan mereka telah lama bekerja keras demi kejayaan parti," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tidak Perlu Ragu Kualiti Air Tangki - Syabas

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain