suria

K'jaan Sabah Tawar Hadiah RM50,000 Kepada Pemberi Maklumat Kematian 14 Ekor Gajah

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah menawarkan hadiah sehingga RM50,000 kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat sehingga tertangkapnya orang yang bertanggungjawab terhadap kematian 14 ekor gajah pygmy di kawasan Hutan Simpan Gunung Rara baru-baru ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, hadiah tersebut akan diberikan jika maklumat yang disalurkan membawa kepada penangkapan orang di sebalik kematian gajah-gajah berkenaan.

Masidi menambah, dua orang pegawai polis dari Kinabatangan telah ditugaskan untuk menyiasat kematian tragik tersebut.

Kesemua 14 ekor gajah berkenaan adalah dari satu kawanan. Hanya seekor anak gajah berusia tiga bulan yang terselamat daripada bencana itu.

Selain itu Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Malaysia (MATTA) turut menawarkan hadiah sehingga RM10,000.

Gajah pygmy adalah sub-spesies unik yang hanya terdapat di Borneo sahaja.

Insiden kematian sehingga 14 ekor gajah berkenaan yang dipercayai diracun telah mendapat liputan meluas di seluruh dunia.

Artikel Lain