suria

Keluarga Mendiang Claudia Mohon Privasi Di Saat Kesedihan

Claudia Theophilus
Claudia Theophilus
Claudia Theophilus

SEREMBAN: Keluarga mendiang Claudia Theophilus, wartawan Malaysia yang terbunuh dipercayai akibat terkena tembakan dalam satu insiden di Lubnan, Sabtu lepas, meminta media menghormati saat kesedihaan yang dilalui oleh mereka.

Seorang ahli keluarga memberitahu Bernama hari ini mereka masih belum dapat menerima tragedi yang menimpa anak sulung mereka berusia 42 tahun itu.

"Ibu bapanya yang uzur dan kurang sihat telah 'diganggu' oleh media sejak berita kematian wartawan itu dimaklumkan. "Kami amat menghargai sekira pihak media boleh menghormati privasi kami dan berdoa untuk rohnya," kata ahli keluarga itu.

Dilaporkan Claudia, yang berkhidmat dengan stesen televisyen Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar, terkena tembakan secara tidak sengaja ketika bercuti bersama dua rakan di Beirut. -BERNAMA

Artikel Lain