suria

Jimmy Choo Pertama Kali Sambut Tahun Baru Cina Di Malaysia Selepas 10 Tahun

KUALA LUMPUR: Pereka kasut Datuk Jimmy Choo akan melakukan sesuatu yang sudah lama tidak dilakukan iaitu menyambut Tahun Baru Cina di Malaysia.

Perayaan ini seolah-olah telah hilang kemeriahannya apabila tukang kasut terkenal di dunia ini terpaksa untuk meraikannya dengan keluarganya di mana-mana bandar mereka berada sejak 10 tahun yang lalu.

Walaubagaimanapun, pada Tahun Ular ini semua ahli keluarga Choo telah kembali! Dan pereka terkenal ini sangat teruja.

"Tiada apa-apa yang lebih meriah selain menyambut Tahun Baru Cina di Malaysia.

"Ini adalah tanah air saya dan tanah air saya amat penting kepada saya. Saya akhirnya dapat kembali bersama keluarga dan rakan-rakan. Kami akan melawat banyak rumah terbuka tahun ini," katanya.

Untuk mencerminkan suasana perayaan, kediaman Choo di Mont Kiara telah dihiasi dengan hiasan tanglung merah, pokok buluh, riben dan juga ular mainan mewah.

Di dapur, terdapat dulang gula-gula, pastri dan banyak limau mandarin untuk para tetamu.

Pereka yang rekaannya digemari ramai selebriti mengaku membeli pakaian baru untuk dirinya tahun ini.

"Ia sama seperti masa dahulu. Bagaimanapun bahagian rambut tidak dapat dibantu," kata Choo yang kini berkepala botak.

Artikel Lain