Gesaan Guan Eng Pakai Baju Ikut Warna Adalah 'Bodoh' - TPM - Semasa | mStar

Gesaan Guan Eng Pakai Baju Ikut Warna Adalah 'Bodoh' - TPM

GEORGE TOWN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan gesaan Ketua Menteri Lim Guan Eng supaya rakyat Pulau Pinang memakai baju berwarna tertentu semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional (BN) negeri, adalah satu perbuatan 'bodoh'.

Katanya Lim seolah-olah seperti orang cerdik tetapi tidak cerdik malah ia adalah perbuatan yang bodoh.

Beliau berkata sebagai pemimpin negeri, Lim seharusnya menghormati dan menghargai majlis orang lain, dan beliau sendiri boleh mengunjungi majlis rumah terbuka itu.

"Ini kerja yang bodoh. Kenapa nak menimbulkan kekacauan...mungkin niat dia (Lim) tidak ikhlas," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama jentera BN Pulau Pinang di sini, Selasa.

Semalam, Lim menggesa rakyat Pulau Pinang yang mengunjungi majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran BN negeri pada 11 Februari nanti yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, agar memakai baju berwarna kuning, hijau dan merah.

Kata Lim kuning sebagai tanda sokongan kepada Bersih, hijau untuk alam sekitar dan merah untuk Pulau Pinang.

Muhyiddin berkata majlis Tahun Baharu Cina adalah untuk menyambut semangat tahun baharu serta menekankan keriangan dan perpaduan, tetapi Ketua Menteri Pulau Pinang hanya berminat untuk berpolitik sahaja.

Katanya begitu juga jika DAP menganjurkan majlis rumah terbuka, ia tidak akan diganggu oleh penyokong BN kerana mereka ada hak untuk menganjurkannya.

"Kalau itu tak boleh, ini tak boleh apa maknanya CAT (Cekap, Akauntabel dan Telus)...tak ada makna bagi kita," katanya.

Mengenai perbelanjaan membawa artis dari luar negara bagi memeriahkan majlis rumah terbuka itu, Muhyiddin berkata beliau dimaklumkan ia adalah tajaan pihak swasta.

Majlis sambutan itu di padang Sekolah Han Chiang akan dimeriahkan dengan persembahan PSY, artis Korea Selatan yang popular dengan Gangnam Style. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ibu Bapa Direman Bantu Siasatan Kematian Anak

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain