Empat Sekeluarga Rentung Dalam Kebakaran Di Ipoh - Semasa | mStar

Empat Sekeluarga Rentung Dalam Kebakaran Di Ipoh

IPOH: Empat sekeluarga rentung apabila rumah mereka di Taman Bukit Medan Sungai Siput di sini terbakar tengah malam Isnin.

Mangsa yang rentung ialah suri rumah S. Jayalatchumy, 45, dua anak perempuannya, R. Thilagawati, 23, dan R. Puvaneswary, 21, serta anak lelakinya R. Suhan, 17.

Pegawai Operasi Balai Bomba Sungai Siput M. Raja Murthy berkata bomba menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira 12 tengah malam.

Dua jentera dari Balai Bomba Sungai Siput dan Ipoh melibatkan 12 anggota bergegas ke tempat kejadian dan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal kebakaran, katanya ketika dihubungi Bernama, Selasa.

Beliau berkata jiran mangsa memaklumkan bahawa terdapat bunyi letupan kuat di bahagian dapur sebelum melihat api marak di rumah terbabit.

"Jiran mangsa memberitahu dia tidak nampak mangsa keluar dari rumah. Anggota bomba mencari di ruang dapur dan melihat keempat-keempat mereka rentung dan berada dalam keadaan berpelukan," katanya.

Raja Murthy berkata bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah bersebelahan namun terdapat sedikit keretakan di rumah bersebelahan akibat letupan itu.

Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat. Punca kejadian masih dalam siasatan dan jumlah kerugian dianggarkan RM160,000, katanya.

Difahamkan mangsa baru lapan bulan tinggal di kawasan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Azman Salim berkata siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.

Katanya keluarga itu dipercayai berada dalam keadaan kesedihan selepas bapa tiga beradik itu, M. Rajan, 48, meninggal dunia Jumaat lepas.

Polis, katanya, tidak menolak kemungkinan kejadian itu merupakan satu tindakan yang dirancang sendiri oleh mangsa.

"Kita tidak menolak kemungkinan kes ini berlaku disebabkan perasaan sedih mangsa dengan kematian ahli keluarga mereka dan mereka membuat tindakan melulu. Bagaimanapun polis akan menyiasat punca sebenar kejadian ini berlaku," katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat sebagai kes laporan kebakaran dan kematian mengejut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Empat Premis Judi Haram Diserbu

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini