suria

Warga India Ditahan Cuba Seludup Dadah Bernilai RM227,500

BUTTERWORTH: Kastam Pulau Pinang menahan seorang lelaki warga India yang cuba menyeludup masuk dadah bernilai RM227,500 yang disembunyikan di dalam selimut dan 17 songkok.

Pengarahnya, Datuk Zulkifli Yahya berkata dadah jenis ketamin seberat 6.5kg dirampas daripada suspek yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 12.30 tengah malam, 2 Februari lalu sebaik tiba dari New Delhi.

Suspek berusia 44 tahun itu ditahan selama 14 hari.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain