PAS Hanya Berani Bercakap, Tidak Berani Bertindak - Syed Ali - Semasa | mStar

PAS Hanya Berani Bercakap, Tidak Berani Bertindak - Syed Ali

KUALA LUMPUR: Tindakan PAS untuk terus berada dalam pakatan pembangkang sungguhpun disanggah oleh DAP dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seharusnya menyedarkan orang Melayu bahawa PAS merupakan sebuah parti yang hanya berani bercakap tetapi tidak berani bertindak.

Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata jika pemimpin PAS mempunyai maruah dan harga diri sudah lama parti itu keluar daripada pakatan pembangkang yang didominasi oleh DAP.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh kelmarin yang menyanggah kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan isu kalimah Allah telah selesai dan keputusan Majlis Syura Ulama PAS diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk DAP.

Karpal menegaskan bahawa DAP berpegang teguh dengan pendirian pakatan pembangkang awal bulan lalu yang mahu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibenarkan dan mengulangi desakan supaya Majlis Syura Ulama PAS mengkaji semula pendirian mereka terhadap isu kalimah Allah.

"Pemimpin PAS cakap sahaja bergegar-gegar tetapi pengecut, takut kepada Karpal Singh melebihi segala-galanya. Jika benar PAS berpegang kepada prinsip Islam sepatutnya sudah lama mereka tinggalkan DAP, katanya dalam laman blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com

Syed Ali berkata desakan Karpal supaya Abdul Hadi mengkaji semula keputusan Majlis Syura dalam isu kalimah Allah hanya untuk mengelirukan pandangan rakyat.

Beliau mendakwa ianya sebagai sandiwara politik yang sengaja dimainkan oleh DAP untuk membuktikan kepada bukan Melayu bahawa mereka bertegas menentang apa jua yang membabitkan kepentingan Islam.

"Masalahnya pemimpin PAS masih tak faham-faham lagi dengan lakonan DAP, mereka tetap menjadi kuda tunggangan DAP," tegas beliau. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Nasharudin Terima Surat Pecat

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain