Wartawan Malaysia Mati Ditembak Di Lebanon - Semasa | mStar

Wartawan Malaysia Mati Ditembak Di Lebanon

PETALING JAYA: Seorang wartawan Al-Jazeera warga Malaysia, Claudia Theophilus, 42, mati ditembak di Baakleen, Lebanon kira-kira pukul 2.30 pagi waktu tempatan pada Sabtu.

Claudia bersama dua lagi rakannya.

Salah seorang daripada mereka melaporkan insiden itu kepada polis.

Polis kemudiannya memaklumkan mengenai berita kematian itu kepada Kedutaan Malaysia di Beirut.

Duta Besar Malaysia ke Lebanon, Ilango Karuppannan mengesahkan pada Ahad bahawa Claudia mati ditembak tetapi butiran lanjut masih belum diterima.

Beliau berkata, mayat Claudia telah dibawa ke sebuah hospital di Baakleen dan proses autopsi sudah dilakukan.

"Kami dalam perjalanan ke sana sekarang," katanya kepada The Star.

Beliau berkata, Claudia tiba di Lebanon pada 28 Januari untuk melawat rakannya di negara itu yang dikenalinya sejak 2010.

Claudia Theophilus merupakan penerbit bahagian online bahasa Inggeris di Al-Jazeera.

Dia pernah bekerja dengan The Sun dan Malaysiakini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain