suria

Penuntut PTPL Kuala Terengganu Maut Kereta Rempuh Pokok

KUALA TERENGGANU: Seorang penuntut Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) cawangan Kuala Terengganu maut setelah kereta yang dipandunya terbabas sebelum merempuh tiang lampu serta pokok di Jalan Durian Burung di sini malam Sabtu.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, Hasma Hailmiah Hashim, 24, yang memandu Honda Civic EK dari arah Manir dipercayai hilang kawalan sebelum keretanya naik ke atas pembahagi jalan dan merempuh pokok serta tiang lampu.

Akibat rempuhan itu, mangsa cedera parah di kepala dan tersepit di tempat duduk sebelum dikeluarkan pihak bomba.

Mangsa meninggal dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ina, 32, berkata beliau melihat sebuah kereta yang memecut laju sebelum terdengar dentuman kuat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain