suria

Nasha Masih Tunggu Surat Pecat

BANGI: Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa masih menunggu surat rasmi berhubung pemecatannya sebagai ahli Majlis Syura Ulama parti itu.

"Dua minggu sudah pun berlalu sejak pengumumannya dibuat namun saya masih belum terima surat berkenaan.

"Ketika dilantik sebagai ahli saya menerima surat lantikan, jadi sepatutnya perkara sama yang berlaku apabila saya dipecat," katanya pada Sabtu.

Bagaimanapun Nasharudin berkata beliau tidak akan menghubungi partinya itu mengenai perkara berkenaan.

"Mereka sepatutnya tahu cara nak hantar atau hubungi saya," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain