suria

Joe Berjuang Untuk Terus Hidup

Pekerja Unit Renjer Penyelamat Hidupan Liar, Augustine David memberi susu kepada Joe di Zoo Lok Kawi, Sabah.
Pekerja Unit Renjer Penyelamat Hidupan Liar, Augustine David memberi susu kepada Joe di Zoo Lok Kawi, Sabah.
Pekerja Unit Renjer Penyelamat Hidupan Liar, Augustine David memberi susu kepada Joe di Zoo Lok Kawi, Sabah.

KOTA KINABALU: Joe, anak gajah Borneo pygmy berusia tiga bulan yang terselamat daripada keracunan berada dalam keadaan stabil dan berjuang untuk terus hidup.

Anak gajah itu mula mengambil susu dalam kuantiti yang banyak dan menyesuaikan dirinya di tempat tinggal baru di Zoo Lok Kawi sejak 26 Januari lalu.

"Joe sudah menyesuaikan diri dengan tempat tinggal baru dan minum lebih banyak susu. Kami percaya dia berjuang untuk terus hidup setelah melalui pengalaman pahit," kata Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Datuk Dr Laurentius Ambu.

Beliau berkata, mereka menerima bantuan daripada pakar haiwan di dalam mahupun luar negara untuk menjaga anak gajah itu yang masih dikuarantin di dalam zoo kerana doktor haiwan masih menunggu laporan punca kematian ibu Joe dan 13 gajah yang lain.

Joe ditemui berhampiran bangkai ibunya di Gunung Rara Forest Reserve kira-kira 130 km dari Tawau, Sabah pada 25 Januari lalu.

Kakitangan Jabatan Hidupan Liar negeri itu telah pergi ke lokasi insiden utuk menyiasat misteri kematian gajah 10 ekor gajah yang ditemui mati pada 29 Disember lalu.

Pegawai Veterinar Unit Penyelamat Hidupan Liar, Dr Diana Raminez berkata, mereka telah menjumpai susu formula yang sesuai untuk Joe.

"Kami menambah serat dan beberapa vitamin. Selera makan Joe bertambah baik dan jumlah penyusuan juga meningkat. Kami berharap ia akan meningkat ke paras normal iaitu kira-kira 30 liter daripada pengambilan harian.

"Joe semakin aktif. Tanda-tanda umum adalah normal tetapi kami perlu terus memantau haiwan tersebut," katanya.

Renjer jabatan itu terus memeriksa kawasan hutam simpan itu untuk mengesan punca keracunan yang dipercayai racun perosak dan memeriksa sekiranya ada lagi bangkai gajah yang belum ditemui.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain