suria

Isu Kalimah Allah: Sekumpulan Anggota, Penyokong PAS Bantah Pendirian DAP

Sekumpulan anggota dan penyokong PAS membuat bantahan di Dataran Rehal di Kota Bharu, Kelantan pada Ahad.Kumpulan berkenaan berhimpun secara aman di Dataran Rehal tersebut bagi membantah tindakan DAP yang menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik keputusan Majlis Syura parti itu mengenai isu penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu. -Foto BERNAMA

KOTA BAHARU: Sekumpulan 30 anggota dan penyokong PAS mengadakan perhimpunan di hadapan Istana Balai Besar di sini, Ahad bagi membantah pemimpin DAP yang terus mempermainkan isu kalimah suci Allah.

Anggota kumpulan itu dari sekitar Bachok dan Kota Baharu tampil menyatakan pendirian secara terbuka mengenai rasa tidak puas hati dengan kepimpinan PAS yang membiarkan DAP mempermainkan isu kalimah itu.

Wakil kumpulan berkenaan, anggota PAS kawasan Mahligai, Bachok, Abdul Mutalib Ismail, 46, memberitahu pemberita: "Kami meminta pemimpin atasan PAS jangan takut dengan pemimpin DAP".

Mereka memegang kain rentang antaranya berbunyi "Pemimpin PAS jangan jadi dayus dalam isu kalimah Allah", "Kalimah Allah hak mutlak orang Islam" dan "DAP kudakan pemimpin Islam".

Akhbar hari ini melaporkan Pengerusi DAP Karpal Singh menyanggah kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan isu kalimah Allah telah selesai dan keputusan Majlis Syura Ulama PAS diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain