Melaka Ambil Tiga Anak Angkat Palestin Mulai Mac - Ketua Menteri - Semasa | mStar

Melaka Ambil Tiga Anak Angkat Palestin Mulai Mac - Ketua Menteri

MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka akan mengambil tiga anak angkat dari Palestin bermula Mac depan sebagai menunjukkan simpati dan sokongan ke atas negara Islam yang ditindas rejim Israel itu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, ketiga-tiga anak angkat berusia antara 12 hingga 15 tahun yang diambil menerusi program 'Anak Angkat Jarak Jauh dan Bantuan Biasiswa' itu juga akan dibiaya kos pendidikan mereka sehingga ke peringkat universiti.

Beliau berkata, usaha kerajaan negeri itu untuk mengurangkan beban keluarga remaja berkenaan selain memberikan peluang kepada mereka untuk mengubah nasib keluarga apabila tamat pengajian kelak.

"Sebagai permulaan, kerajaan negeri akan membiayai kos pendidikan seorang wanita dan dua lelaki daripada 10 remaja Palestin yang dijadikan sebagai anak angkat kerajaan Melaka mulai Mac ini.

"Identiti mereka sudah dikenal pasti dan buat masa ini kita sedang mendapatkan jumlah perbelanjaan bagi membiayai ketiga-tiga remaja itu sehingga melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau terdahulu bersama kira-kira 100 peserta hadir bagi mendengar pengalaman Harry Fear yang membuat liputan berita di Gaza ketika wilayah itu diserang tentera Israel pada November lepas.

Turut hadir Presiden Perhimpunan Belia Sedunia (WAY), Datuk Idris Harun yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu.

Fear, 24, dalam ucapannya berkata, kunjungan ke bumi Palestin penting bagi membolehkan setiap individu menyaksikan sendiri kekejaman rejim Zionis.

Katanya, kunjungan itu juga secara tidak langsung menyatakan mesej solidariti pihak berkenaan kepada perjuangan rakyat Palestin.

"Saya menggalakkan semua pihak masuk (mengunjungi Palestin) jika ada kesempatan yang kelebihan semangat kepada aspek solidariti (Palestin) dalam perjuangan mereka," katanya.

Malaysia negara ketujuh dijelajah Fear antaranya Belanda, Austria, Jerman, Kanada dan Amerika Syarikat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Malaysia Jadi Negara Maju Menjelang 2018

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain