Elak Soal Isu Calon, Pastikan BN Menang PRU - Tun M - Semasa | mStar

Elak Soal Isu Calon, Pastikan BN Menang PRU - Tun M

SUNGAI PETANI: Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) agar tidak menjadikan soal calon sebagai isu sebaliknya memastikan BN memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tidak ada gunanya calon menang tetapi parti kalah dan tidak dapat menguasai negeri atau negara.

"Saya berpendapat yang penting bukan calon tetapi parti. Kalau calon menang tetapi parti kalah, tidak ada guna. Kali ini kita tak tumpu kepada calon, dapat calon kita tak kira, kita undi sahaja.

"Kita sokong sebab nak kerajaan yang boleh bagi kebaikan kepada kita. Jangan kira siapa jadi calon asalkan dia orang parti, kita sokong," kata Dr Mahathir yang diminta mengulas pemilihan calon BN untuk menghadapi pilihan raya umum.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum Islam dan Keamanan di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, di sini, Sabtu. Mengulas mengenai demonstrasi yang sering diadakan oleh pembangkang sejak kebelakangan ini, Dr Mahathir berkata, ia adalah strategi pembangkang sekiranya mereka kalah pilihan raya.

"Ada orang nak adakan demonstrasi setiap hari secara besar-besaran sehingga 200,000 orang di semua bandar, (mereka) nak ikut apa yang berlaku di negara-negara Arab.

"Yang berlaku di sana kerana mereka tidak ikut ajaran Islam sebab itu mereka ada pemerintahan kuku besi. Di Malaysia tidak ada pemerintahan kuku besi. Kalau orang nak pilih parti lawan, dia boleh pilih, sampai kalah lima negeri.

"Kononnya kita tipu dalam pilihan raya, kita tidak tipu. Ini adalah persiapan mereka apabila kalah. Mereka akan adakan demonstrasi berpanjangan untuk jatuhkan kerajaan seperti yang dibuat di Asia Barat," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Buruh Mati Ditetak Sekumpulan Lelaki

Artikel Berikut

Harga Gunting Rambut Naik RM2

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain