suria

Nama Saya Tidak Disenaraikan SUPP Pada PRU-13: Peter Chin

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Peter Chin Fah Kui mengesahkan namanya tiada dalam senarai calon dihantar oleh parti itu kepada kepimpinan Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Parti komponen telah menghantar senarai calon mereka dan di dalam senarai, terutamanya oleh SUPP, nama saya tidak tersenarai," kata Chin yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada sidang media di Persidangan Tinjauan Strategik Malaysia 2013 Ke-15 di sini Khamis.

Chin, 67, menjadi Ahli Parlimen Miri sejak 1986 dan pada Pilihan Raya Umum 2008, menewaskan calon DAP Fong Pau Teck dengan memperoleh majoriti undi 5,216.

SUPP yang merupakan parti politik tertua di Sarawak, memenangi enam kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum 2008.

Artikel Sebelum

Artikel Lain