suria

Inisiatif Pemeriksaan 10 Minit Di KLIA Bermula Lancar

SEPANG: Hari pertama bagi inisiatif 10 minit bagi pemeriksaan imigresen dengan lancar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini bermula lancar.

Walaupun ketibaan hampir 3,000 penumpang dalam tempoh tiga jam, tetapi sukar untuk melihat kesesakan berlaku di kaunter Imigresen.

Para penumpang tiba antara pukul 6 petang dan 9 malam, sebagai waktu puncak selama tiga jam bagi lapangan terbang itu.

Dua lagi waktu puncak adalah 6 pagi hingga 8 pagi dan 12 petang hingga 2.30 petang.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, terdapat 58 kaunter, termasuk enam pintu automatik (auto gate) untuk ketibaan penumpang akan dibuka pada waktu puncak.

“Kami akan memastikan orang yang terakhir di dalam barisan itu akan diberikan khidmat kurang daripada 10 minit.

“Jika tiada isu berkaitan dengan dokumen mereka, ia hanya mengambil masa 45 saat untuk diproses dan pemeriksaan penumpang dalam 10 minit,” katanya.

Bagaimanapun, Alias berkata, inisiatif pemeriksaan 10 minit itu akan berhadapan dengan beberapa penangguhan sekiranya terdapat kegagalan kuasa atau gangguan dalam sistem.

“Selain daripada itu, ia adalah jaminan kami untuk mengalu-alukan ketibaan rakyat Malaysia dan warga asing yang akan diperiksa dalam 10 minit,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif pemeriksaan 10 minit sudah dilaksanakan di Terminal Syarikat Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) sejak 2011.

Artikel Sebelum

Artikel Lain