suria

Pejabat Dan Setor Kilang Kayu Di Tawau Terbakar

TAWAU: Sebuah pejabat dan setor menyimpan papan sebuah kilang papan di Tanjung Batu Tengah Logpond dekat sini terbakar awal pagi Khamis.

Penolong Ketua Balai Tawau, Faisal Ahmad berkata pejabat berkenaan rosak kira-kira 70 peratus manakala setor tersebut musnah 10 peratus.

Bomba menerima panggilan pada pukul 2.06 pagi sebelum menggegaskan dua jentera dan tiga kenderaan lain beserta 24 anggota yang dapat mengawal kebakaran pada pukul 2.49 pagi.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, empat blok rumah kongsi dengan 48 pintu di Jalan Sin On Tiku musnah dalam kebakaran petang Rabu.

Menurut Faisal, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.09 petang sebelum menghantar dua buah jentera dan tiga kenderaan lain beserta 19 orang anggota.

Api dapat dikawal pada pukul 5.57 petang. - BERNAMA

Artikel Lain