Najib Mahu Gerak Kerja Pilihan Raya Umno Kedah Dilakukan Secara Sistematik - Semasa | mStar

Najib Mahu Gerak Kerja Pilihan Raya Umno Kedah Dilakukan Secara Sistematik

ALOR SETAR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pemimpin Umno di Kedah memastikan gerak kerja dilakukan secara sistematik dan meningkatkan lagi usaha sedia ada menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Perdana Menteri turut menekankan pentingnya setiap pemimpin bersatu padu dan tidak lagi ada pihak tidak memberi fokus kepada pilihan raya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata perkara itu ditegaskan Najib dalam pertemuan dengan Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah di Bangunan Tunku di sini sempena lawatan beliau ke Kedah hari ini.

Pada pertemuan itu, pemimpin Umno Kedah juga menyatakan komitmen penuh dan memberi sokongan kepada keputusan Perdana Menteri dalam soal calon dan gerak kerja parti, katanya kepada pemberita di sini Khamis.

"Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno Kedah akujanji berusaha habis-habisan dalam usaha membawa kemenangan kepada BN Kedah. Pertemuan itu berjaya memberi fokus kepada parti dan para pemimpin mendapat satu suntikan semangat baharu daripada Perdana Menteri".

Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu Datuk Mohd Johari Baharom berkata dalam pertemuan itu, Najib selaku Presiden Umno juga meminta tumpuan kepada pengundi dipertingkatkan.

Katanya Perdana Menteri meminta pemimpin Umno negeri berjumpa seberapa ramai pengundi menjelang PRU-13 tidak kira pengundi lama atau pengundi baharu.

"Perdana Menteri mahu jentera pilihan raya bersiap sedia sepenuhnya. Beliau nampak yakin yang Umno dan BN boleh menang pada pilihan raya nanti," katanya.

Ketua Umno Bahagian Sik Datuk Mohd Tajuddin Abdullah berkata pertemuan hari ini diadakan untuk Perdana Menteri melihat sendiri kesiapsiagaan Umno Kedah dalam menghadapi pilihan raya umum.

"Sebenarnya di Kedah semuanya dah hampir siap sedia. Hanya tinggal sikit-sikit dan faktor semasa. Perdana Menteri banyak tekankan mengenai jentera. Ini kerana keadaan ketika ini menyebelahi kita (BN) terutama dengan usaha "Janji Ditepati".

"Dalam masa yang singkat beliau (Perdana Menteri) dapat buat macam-macam transformasi dan jika diberi mandat lagi, banyak lagi yang boleh dibuat," katanya.

Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah Datuk Latt Shariman Abdullah berkata Perdana Menteri turut meminta supaya kerja-kerja di peringkat peti undi diperkemaskan.

"Masa dah makin hampir. Kita yakin untuk merampas kembali Kedah. Ini kerana rakyat boleh melihat rekod kita dan rekod parti pembangkang," katanya.

Ketua Umno Bahagian Pokok Sena Datuk Ahmad Lebai Sudin berkata Perdana Menteri turut meminta pemimpin Umno supaya mendekati pengundi muda dan pengundi yang tinggal di luar negeri ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Najib Tiba Untuk Lawatan Sehari Di Kedah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain