suria

Laporan Mahu Ambil Alih PNS Tidak Benar - Dr Azizan Osman

KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif Richworks Group of Companies, Dr Azizan Osman menyangkal laporan akhbar mengenai rancangannya mahu mengambil alih Perbadanan Nasional Bhd (PNS).

Beliau yang merupakan usahawan dan perunding pemasaran korporat turut menafikan pernah menyebut atau mengeluarkan sebarang kenyataan mahu mengambil alih mana-mana agensi kerajaan, termasuk PNS.

PNS ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

"Saya atau sesiapa pun daripada pihak saya tidak pernah menyebut untuk mengambil alih agensi kerajaan atau PNS kerana ia tidak ada kena mengena dengan saya," katanya yang merujuk laporan sebuah akhbar mengenai dakwaan rancangan pengambilalihan itu.

Beliau berkata laporan berkenaan sebagai tidak benar dan disifatkan sebagai salah lapor. BERNAMA

Artikel Lain