suria

Tiga Lagi Gajah Pygmy Borneo Ditemui Mati

KOTA KINABALU: Tiga lagi gajah Pygmy Borneo ditemui mati di Hutan Simpan Gunung Rara, menjadi jumlah kematian itu meningkat kepada 13 ekor setakat ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Masidi Manjun mengesahkan penemuan bangkai terbaru seekor gajah jantan dan dua betina di lokasi sama 10 gajah yang mati ditemui sebelum ini.

Terdapat kemungkinan lebih banyak bangkai akan ditemui memandangkan pegawai hidupan liar percaya kesemua 13 ekor gajah dan seekor anak gajah tersebut terdiri daripad satu kumpulan.

Haiwan tersebut dipercayai mati akibat keracunan.

Masidi berkata, disyaki perbuatan khianat antara punca kematian gajah tersebut.

"Tiada undang-undang dan penguatkuasaan boleh menjadi efektif sekiranya orang ramai tidak mempunyai rasa tanggungjawab bahawa gajah-gajah ini milik setiap rakyat," katanya pada Rabu.

Beliau turut mengarahkan Setiausaha Tetap kementeriannya, Datuk Michael Emban supaya mengambil alih tugas peneraju sebuah jawatankuasa petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat punca kematihan gajah Pygmy Borneo itu.

Sementara itu, Jabatan Hidupan Liar Sabah sedang menunggu laporan kimia mengenai punca kematian gajah-gajah itu yang akan ditemui sejak 29 Disember dan 29 Januari.

Artikel Lain