Tayar KL Monorail Meletup : Tiada Penumpang Cedera - Semasa | mStar

Tayar KL Monorail Meletup : Tiada Penumpang Cedera

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan monorail di bandar raya ini tergendala selepas satu daripada tayar getah sebuah trennya yang dalam perjalanan ke Stesen Titiwangsa, meletup berhampiran Stesen Monorail KL Chow Kit.

Pengurus Kanan Komunikasi dan Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Berhad Berhad (Prasarana) Azhar Ghazali berkata tindakan pantas pemandu tren berkenaan berjaya memastikan keselamatan penumpang.

"Pemandu berkenaan, Rizalman Rosli, 37, berjaya memberhentikan tren dengan selamat apabila tayarnya meletup pada 6.30 petang. Sebuah tren dihantar untuk menarik tren yang terkandas itu ke stesen terdekat. "Selepas itu, sebuah tren penyelamat dihantar dan sampai di tempat kejadian pada 7.15 malam untuk memindahkan penumpang," katanya dalam kenyataan.

Ketua Pegawai Operasi KL Monorail Abdul Hadi Amran berkata urusan pemindahan penumpang selesai menjelang 7.24 malam dan kesemua 200 penumpang selamat, manakala alat penyaman udara tren terbabit berfungsi sepanjang urusan pemindahan penumpang dijalankan.

Katanya pasukan penyelamat KL Monorail menjalankan kerja pemindahan penumpang itu dengan bantuan Jabatan BomBa dan Penyelamat. "Kami sediakan perkhidmatan alternatif di stesen kami sehingga perkhidmatan monorail disambung semula," katanya.

Sementara itu, pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khiruddin Drahman dalam kenyatan melalui khidmat pesanan ringkas kepada Bernama berkata 29 anggota bomba dan penyelamat dari balai bomba Hang Tuah, Setapak, Titiwangsa dan Sentul terlibat dalam operasi menyelamat itu.

Katanya mereka membantu memindahkan 164 penumpang iaitu 103 wanita, 60 lelaki dan seorang kanak-kanak.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain