suria

Reman Suspek Sindiket Jual Bayi Disambung Tujuh Hari Lagi

Dua daripada tiga suspek yang terbabit dalam sindiket menjual bayi dan kanan-kanak dikenakan sambungan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini. Perintah itu dikeluarkan Majistret Arif Mohamad Shariff di Mahkamah Majistret di Bukit Mertajam pada Selasa. -FotoBERNAMA

BUKIT MERTAJAM: Perintah reman terhadap tiga suspek yang ditahan kerana terlibat dengan sindiket menjual bayi dan kanak-kanak yang bergerak aktif di Pulau Pinang, Kedah dan Perak disambung tujuh hari bermula hari ini.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Arif Mohamad Shariff di mahkamah majistret di sini.

Pada 24 Jauarin lepas polis Pulau Pinang berjaya membongkar sindiket menjual bayi dan kanak-kanak yang bergerak aktif di negeri ini, Kedah dan Perak apabila menahan 33 individu dan menyelamatkan lapan bayi serta seorang kanak-kanak.

Kesemua bayi dan kanak-kanak yang diselamatkan itu turut dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah jagaan sementara di Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang.

Sindiket yang aktif sejak tahun 2009 itu juga didapati menawarkan wang tunai antara RM2,500 dan RM4,500 kepada wanita asing yang melahirkan anak luar nikah serta mereka yang kesempitan wang dan mahu menjual anak mereka.

Siasatan awal polis mendapati bayi dan kanak-kanak itu dijual dengan harga antara RM18,000 dan RM30,000 berdasarkan fizikal, rupa paras dan jantina, lengkap dengan pakej dokumen pendaftaran serta perubatan. -BERNAMA

Artikel Lain