suria

PM Minta Laporan Forensik Kematian Sugumaran Dihantar Ke Kabinet

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta laporan forensik kematian seorang pengawal keselamatan C.Sugumaran supaya dihantar ke Kabinet.

Beliau mengarahkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk berbuat demikian selepas Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel membangkitkan isu itu di Kabinet.

Pengarah Strategik MIC, S. Vell Paari berkata, post-mortem kedua akan dilakukan ke atas pengawal keselamatan yang meninggal dunia selepas didakwa dipukul polis dan orang awam selepas mengamuk di Taman Sri Nanding, Hulu Langat pada Rabu lalu.

Post-mortem pertama menunjukkan dia meninggal dunia akibat serangan jantung.

Vell Paari berkata Pemuda MIC akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membantu keluarga tersebut untuk melantik ahli patologi bebas yang akan melakukan post-mortem kedua.

"Kami mahu berunding dengan mereka kerana tidak mahu mereka menuduh kami menyembunyikan apa saja," katanya pada Rabu.

Di Putrajaya, satu delegasi yang diketuai Ketua Penerangan Pemuda MIC, S. Subramaniam menyerahkam memorandum kepada Menteri Dalam Negeri meminta satu suruhanjaya khas ditubuhkan bagi menyiasat kematian Sugumaran.

Artikel Lain