suria

KL112: Polis Cari 14 Individu Bawa Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR: Polis sedang mencari 14 orang yang dipercayai membawa kanak-kanak ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) pada 12 Januari lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, gambar mereka yang terlibat telah dimuat naik di laman Facebook PDRM KL.

Empat belas individu berkenaan dipercayai melanggar syarat-syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda RM20,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

"Kami menggesa mereka untuk tampil ke hadapan secepat mungkin untuk memudahkan siasatan," kata DCP Mohmad.

Menurut beliau polis yang tidak menetapkan tarikh akhir berhubung perkara itu namun menggesa kerjasama daripada mereka yang terlibat.

Artikel Lain