Polis Minta Masyarakat Jangan Spekulasi Kematian William - Semasa | mStar

Polis Minta Masyarakat Jangan Spekulasi Kematian William

JOHOR BAHARU: Polis meminta masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes kanak-kanak enam tahun William Yau Zhen Zhong, yang telahpun diklasifikasi sebagai kematian mengejut.

"Saya tidak mahu mengulas panjang isu ini kerana semua orang tahu ibu bapa mangsa kini masih bersedih atas kehilangan anak mereka," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Selasa.

Bagaimanapun, Ismail berkata polis sedia menerima maklumat tambahan berhubung kejadian itu dan akan menjalankan siasatan lanjut.

"Kes ini dianggap sebagai satu kejadian malang menimpa kanak-kanak terbabit dan perlu dijadikan ingatan kepada orang ramai dan kami sudah berusaha 100 peratus untuk mengesannya selain mendapatkan kerjasama daripada orang ramai," katanya.

Anak kedua pasangan Yau Kok Kang, 32, dan Goh Ying Ying, 28, itu dilapor hilang pada 16 Jan di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

Sementara itu, Ismail berkata bangunan IPD Kulaijaya yang dibina dengan kos RM119 juta itu merupakan bangunan pejabat tiga tingkat dengan 318 unit kediaman dan mula beroperasi sejak Mei 2011. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain