suria

Muhyiddin Jamin Infrastruktur Pendidikan Luar Bandar Terus Dipertingkatkan

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kiri) dan timbalannya Tan Sri Alfred Jabu (dua, kanan) serta Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh (kanan) mengibarkan Jalur Gemilang ketika pelancaran program Guru Muda 1Malaysia di Sekolah Menengah Sacred Heart di Sibu Sarawak pada Selasa. -Foto BERNAMA

SIBU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan akan terus meningkatkan infrastruktur pendidikan di kawasan luar bandar seiring dengan penambahbaikan berterusan kualiti pendidikan negara.

Merujuk kepada situasi di Sarawak, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata antara menjadi tumpuan untuk ditingkatkan ialah ialah bangunan sekolah, kuarters guru dan peralatan pembelajaran yang akan dilakukan secara berperingkat-peringkat sekaligus menolak tanggapan ada diskriminasi infrastruktur pendidikan di luar bandar.

"Ini semua kita akan lakukan (peningkatan infrastruktur pendidikan) dan kita komited terhadap perkara tersebut," katanya di Program Guru Muda 1Malaysia (gm1m) di SMK Sacred Heart, Sibu pada Selasa.

Muhyiddin berkata, peningkatan infrastruktur di luar bandar tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa kerana kedudukan geografi Sarawak yang besar yang memerlukan ia dilakukan secara sistematik. Beliau berkata, komitmen kerajaan persekutuan terhadap pendidikan di luar bandar dibuktikan juga melalui pembentukan pelan transformasi sekolah pedalaman di Sabah dan Sarawak sekaligus membuktikan keprihatinan kerajaan dalam menjaga kepentingan penduduk luar bandar.

Muhyiddin berkata, mulai tahun ini Kementerian Pelajaran akan melaksanakan inisiatif yang selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) antaranya menilai 70,000 guru opsyen Bahasa Inggeris melalui Ujian Penempatan Cambridge (CPT) dan guru yang tidak mencapai kemahiran ditetapkan diberi latihan tambahan separuh masa.

Mengenai cadangan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang turut berucap pada majlis yang sama supaya sekolah-sekolah vokasional yang menawarkan pendidikan peringkat sijil ditambah di Sarawak, beliau berkata, Kementerian Pelajaran bersedia mengkaji cadangan tersebut.

Terdahulu, Abdul Taib mencadangkan supaya sekolah-sekolah vokasional yang menawarkan pendidikan peringkat sijil ditambah di Sarawak namun subjek ditawarkan adalah berlainan dan mesti berdasarkan keperluan industri-industri berat di negeri ini. - BERNAMA

Artikel Lain