suria

Mayat William Disemadikan Di Melaka

Yau Kok Kang dan Goh Ying Ying kelihatan sedih dan sebak pada upacara pembakaran mayat anak mereka, Willian Yau Zhen Zhong di pusat pembakaran di Jelutong, Sungai Putat, Melaka, Isnin. William Yau Zhen Zhong, 6, dilaporkan hilang pada 16 Januari lepas di Putra Heights, Puchong dan ditemui mati di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang. -fotoBERNAMA

MELAKA: Mayat William tiba di Taman Peringatan Melaka pada pukul 12.55 tengah hari Isnin untuk disemadikan.

Sejurus tiba dari HTAR, Klang, satu upacara keagamaan diadakan sebelum mayat kanak-kanak itu dibakar bermula pukul 2 petang.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang hadir bagi mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang, turut menyampaikan sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM5,000 untuk pengurusan pengebumian.

Hadir sama Anggota Dewan Undangan Negeri Paya Rumput Datuk Tahir Hassan.

Dalam pada itu, nenek kanak-kanak malang berkenaan, Chee Chou Moi, 68, tidak dapat menahan sebak kerana gagal menatap wajah cucunya buat kali terakhir.

"Selepas berita mengenai cucu saya hilang, saya tidak tidur, hati saya juga tidak tenang memikirkan cucu saya tetapi mereka (ibu bapa William) seolah-olah tidak mahu saya tengok cucu saya buat kali terakhir," katanya yang mendakwa hanya mengetahui mengenai upacara persemadian itu daripada pihak media. - BERNAMA

Artikel Lain